Haiwan pelik

Dibawah adalah antara haiwan pelik yang dijumpai diserata tempat...haiwan ini adalah antara haiwan yang baru ditemui dan dikaji oleh para saintis dalam pencarian untuk mencari haiwan di bumi ini...
Sumber dari Weird animals




Red-Lipped Batfish

Red-lipped batfish salah satu 60 spesis dari keluarga Ogcocephalidae. haiwan ini dijumpai di kawasan suhu panas. membesar sehingga 36 cm. haiwan ini mempunyai kepala rata dan luas, dan juga dilindungi kulit yang keras dan berduri.


Star-Nosed Mole

Tikus mondok ini dinamakan Star-nosed dijumpai di Timur Canada dan Timur Laut Amerika Syarikat. tikus mondok ini tinggal di tanah rendah dan lembab. haiwan ini memakan serangga air dan moluska. haiwan ini biasanya aktif pada musim bunga dan boleh membuat terowong dalam salji dan berenang dalam air ketika tasik membeku.



Ketam Yeti

Nama popular Ketam Yeti ialah Kiwa Hirsuta. Haiwan ini tergolong dalam kumpulan Krustasia(haiwan berkulit keras). Ia dijumpai sekitar 2005 di lautan Pacifik pada kedalaman 7200 kaki.




Cicak Frill-Necked

Cicak Frill Necked dijumpai di KImberley, Barat Australia, Utara New Guniea dan Utara Australia. haiwan ini juga dikenali dengan Frilled Dragon. Kulit cicak ini mempunyai lebihan kulit dari kepala dan leher sehingga belakang haiwan ini.



O Aiaiai (the Aye-Aye)

Aye -aye hanya tinggal di hutan Madagaskar. haiwan ini hanya aktif pada waktu malam. ia mempunyai bulu hitam dan memakan serangga.



Blobfish(Ikan Blob)
Nama haiwan ini Blobfish dijumpai laut dalam Australia dan Tasmania. ia dijumpai pada kedalaman dimana tekanan 10 hingga 20 kali lebih tinggi dari aras laut.

4 comments:

Anonymous said...

apakah kesinambungan haiwan pelik dengan sopan santun budaya Melayu? boleh saudara terangkan?

ee said...

senarnya mmg x de kesinambungan...hanya untuk tontonan umum..sbb nak bagi info semasa y terkini kat dunia jer....

Anonymous said...

uoouuhhhh
sy suke jika saudara berbicara ttg anak melayu..

ee said...

anak melayu...jiwa melayu..
terima kasih...ader jgk yang menyokong...
saye memang der byk nak cakap pasal melayu..
tunggu jer sy update blog nih...

Post a Comment


ShoutMix chat widget