Cakap berakar, Tunduk berisi…

Jika dikaji dan dilihat orang tua dahulunya tidak bercakap banyak. Kalau bercakap bernas dan berlapik. Isinya mendalam dan luas. Kalau anak muda kini gemar menyampuk , buat lawak bodoh hendak perhatian dan sering ikut nafsu tanpa berfikir secara bernas…Jika kita renung kembali nasihat datuk serta nenek dan ibubapa sering kali memarahi anak-anak mereka apabila menyampuk dan sepatutnya dengar dahulu sebelum ada ruang untuk bercakap… Dalam percakapan adat Melayu perlu berbicara dengan berhati agar yang mendengar tidak terguris dan yang didengar sedap telinga didengar… Tutur kata elok disusun dengan nada lemah lembut berbicar tetapi keras.. Contoh mudahnya adat merisik atau meminang, majlis rasmi dan bercakap dengan orang lebih tua.. Ia beradat dan ia Melayu… Sebagaimana dikatakan orang tua dahulu “ yang berilmu memelihara akan percakapannya” kerana itu orang tua berilmu dan berkedudukan disanjung tinggi kerana sikap mereka..

Kata orang tua jangan dilawan kerana mereka dahulu yang makan garam” mereka berkata berdasarkan pengalaman apa yang salah dan apa yang betul semua dirasai mereka.. Aku tersalah langkah dalam menilai erti kata ini.. Betul apa yang dikata mereka benar ada hikmahnya..

Dalam buku tulisan Tenas Effendy,( Ungkapan Tradisional Melayu Riau ) kata “periuk” dalam ungkapan periuk nasi bermakna kehidupan berumah tangga, berkeluarga dan bermasyarakat. “Pecah periuik nasi” bererti hancurnya rumah tangga, rosaknya keluarga dan pecah belah masyarakat..Kata “buruk” dalam ungkapan “Quran Buruk “ bermakna , barang yang sangat berharga tetapi sudaj tidak dapat digunakan namum harus dihormati.. Jasa dan pengorbanan harus kita kenang jangan pula jadi “kacang lupakan kulit”.. Kerana orang tua dahulu sanggup habis kudrat dan wang dalam mendidik anak bangsa menjadi orang berguna tidak mengharap balasan kerana niat yang betul.. Satu kisah kubuka seorang pendidik zaman selepas komunis sanggup mengambil anak-anak yang hidup daif dibawanya pulang disuruh orang rumah memandikan dan dibelinya baju diberinya makan dan dihantar pulang kerumah tanpa mendapat balasan dari apa yang dibuat kerana beliau puas dan tahu akan potensi yang ada pada anak-anak melayu bukan seorang dua sahaja… Si isteri tidak berkata apa-apa selain nasihat yang cukup syahdu dan manis kepada anak-anak ini… Itulah nilai pendidik masa dahulu cakap berakar, tunduk berisi…

Datuk nenek kita tahu apa yang baik dan buruk dan apa yang boleh diwariskan kepada anak cucu berdasarkan sikap dan bawaan diri cucu cicit mereka…

5 comments:

opop said...

wow...hg buat research ke ni???gempak la

Anonymous said...

main bola malam-malam,
lepas main baju koto,
org tua byk makan garam,
org mude byk mkn ajinomoto.

ape mcm????okey??

mohazam said...

bagus ni... pejuang melayu.... hehehe

ee said...

aku da wat skit research...
susah wow nak pikir...

ee said...

perh...
orang muda mmg jadi adat mkn ajinomoto...
main bola kalau dulu main petang jer..
sekarang ada futsal siang malam main..
apa pun cun pantun 2...

Post a Comment


ShoutMix chat widget