Pantun Pembangkit Semangat


Pantun nada heroik tidak lekang dalam dari jiwa Melayu...Dalam mengorak langkah tenaga berpadu dengan jasad dan rohani berpadu dengan jiwa.... Satu persatu ayat-ayat disusun, 1..2...3 semangat alif ba ta, selendang diikat Tuah tegak berdiri, langkah Jebat tidak menyepi....alirkan gelombang semboyan kekuatan....

Dari hulu ke hilir
Dari Hutan ke Bandar

Adat jadi petualang diri

Kerna budaya takkan hilang jati diri

Mentari tak akan pudar
Adat melayu berani kerna benar
Bulan tak akan gugur
Adat pahlawan juang sebelum gugur

Amboi amboi puteri Melayu

Berlenggang lenggok indah bergaya

Bukanlah hanya pandai merayu

Tetapi sanggup membela bangsa


Adat melayu meniti diatas mata keris

Pusaka turun temurun diwaris

Adat pahlawan mati sebelum kalah
Pusaka tak disimpan di dalam lukah

Kita tidak mencari suluh

Suluh datang membawa api
Kita tidak mencari musuh

Musuh datang kita nanti

Ikan emas di tengah sawah
Ikan kelah memikat tak terkata
Ingatlah pesan Datuk Hang Tuah
Tidak Melayu hilang di dunia

Jangan biarkan jati diri kita hilang..... Gema semboyan Tidak Akan Melayu Hilang Didunia kita alunkan...Jangan biarkan anak cucu jadi haru biru di bumi merdeka...Jangan biarkan jiwa kosong...Alunkan Semangat Tuah, Alunkan Semangat Jebat, Alunkan Aura Semangat...............

gua pon x tahu camne bleh wat nih.......

TIGA GOLONGAN JIN

Golongan jin :
  • Seperti haiwan - ular, kala jengking, dan binatang kecil.
  • Seperti angin di udara.
  • Seperti manusia pada mereka dosa dan pahala.
Sabda Rasulullah s.a.w. :

Allah Ta'ala menjadikan jin dalam tiga golongan
- satu golongan seperti ular, kala jengking dan
binatang kecil. satu golongan seperti angin di udara
dan satu golongan seperti manusia yang menerima
pahala dan dosa.

( Riwayat Ibn Abi Dunya )

Haiwan pelik

Dibawah adalah antara haiwan pelik yang dijumpai diserata tempat...haiwan ini adalah antara haiwan yang baru ditemui dan dikaji oleh para saintis dalam pencarian untuk mencari haiwan di bumi ini...
Sumber dari Weird animals




Red-Lipped Batfish

Red-lipped batfish salah satu 60 spesis dari keluarga Ogcocephalidae. haiwan ini dijumpai di kawasan suhu panas. membesar sehingga 36 cm. haiwan ini mempunyai kepala rata dan luas, dan juga dilindungi kulit yang keras dan berduri.


Star-Nosed Mole

Tikus mondok ini dinamakan Star-nosed dijumpai di Timur Canada dan Timur Laut Amerika Syarikat. tikus mondok ini tinggal di tanah rendah dan lembab. haiwan ini memakan serangga air dan moluska. haiwan ini biasanya aktif pada musim bunga dan boleh membuat terowong dalam salji dan berenang dalam air ketika tasik membeku.



Ketam Yeti

Nama popular Ketam Yeti ialah Kiwa Hirsuta. Haiwan ini tergolong dalam kumpulan Krustasia(haiwan berkulit keras). Ia dijumpai sekitar 2005 di lautan Pacifik pada kedalaman 7200 kaki.




Cicak Frill-Necked

Cicak Frill Necked dijumpai di KImberley, Barat Australia, Utara New Guniea dan Utara Australia. haiwan ini juga dikenali dengan Frilled Dragon. Kulit cicak ini mempunyai lebihan kulit dari kepala dan leher sehingga belakang haiwan ini.



O Aiaiai (the Aye-Aye)

Aye -aye hanya tinggal di hutan Madagaskar. haiwan ini hanya aktif pada waktu malam. ia mempunyai bulu hitam dan memakan serangga.



Blobfish(Ikan Blob)
Nama haiwan ini Blobfish dijumpai laut dalam Australia dan Tasmania. ia dijumpai pada kedalaman dimana tekanan 10 hingga 20 kali lebih tinggi dari aras laut.

Sopan Santun Kian Terhakis...

Aku melihat peristiwa dmana budaya adat sopan santun & hormat menghormati kian luput dihati masyarakat Malaysia…incident ini kerap kali aku alami dtmpat aku menyewa…ketika naik lift atau terlanggar orang acap kali buat tak tahu jer (p/s : x suma orng camni )…bkn disitu aja malah tempat lain pown sama jer…susahkah untuk mengeluarkan kata-kata “maaf” & “ terima kasih” dari mulut pesalah tidak kira kaum atau agama…aku sendiri melakukan kesalahan ini tp pengalaman mengajar aku utk merubah..jika tidak ditegur dikata sombong” terima kasih” dan “minta maaf” senang sahaja untuk dikata tapi berat sangatkah mulut membuka mengeluarkan kata-kata bak mutiara ini…mulut kita tidak diikat oleh rantai besi atau tidak tidak dipatri dengan timah…aku ingin berkongsi apa yang aku fikir, kaum cina dan india sangat mudah mengucapkan kata-kata manis ini tapi dimana kaum melayu yang terkenal dengan toleransinya??…aku mencoret hati dan apa yang aku alami ini dihilir atau dihulu banat….

Persoalannya siapakah yang harus dipersalahkan yang gagal mendidik anak bangsa kta di era ini… aku tidak salahkan sesiapa disini tp diri sendiri harus dpersalahkn…orang lain tidak boleh merubah diri kita yakni diri kita sendiri…dimana nilai kasih dmata masyarakat…adakah ini disebabkan oleh kayu ukur utk maju sehingga hilang nilai kesabaran atau dalam usaha utk membina tamadun yang maju sehingga akhlak dipandang sepi…kita tidak boleh Berjaya dgn apa cara sekalipun dan kita tdk boleh halalkn apa yang tidak boleh…kta seharusnya berlandaskn agama dlm kehidupan…. Dunia ICT kini adalah dunia koboi dunia tanpa peraturan, dunia yang bebas “ Freedom to all People” …aku mengkaji serta berfikir apakah tujuan bloger…aku lihat bloger kini menggunakan laman blog untuk menyebarkan maklumat samada yang benar atau palsu… jika maklumat itu benar ia menjadi manfaat tp sebaliknya fikirlah sendiri… tp segelintir dari mereka menyuarakan pendapat yang boleh membawa kepada hasutan, menghina serta menyalurkan aura kebencian sehingga orang ramai terpengaruh sehingga sanggup menyerbu bagai pahlawan untuk berjuang2 habis-habisan , sanggup membuat perkara yang tidak berfaedah , & menyebar khabar angin…disini kita lihat bagaimana nilai kesopanan hilang di alam siber apatah lagi di alam nyata ini…

Maka kita harus kembali keasal dimana tradisi serta budaya sopan santun serta amalan hormat menghormati diantara satu sama lain diamalkan … apakah kita mahu lihat generasi akan datang menjadi bangsa yang celaka atau sebaliknya….aku menulis artikel ini agar kita sama-sama berfikir merenung kembali kesalahan kita ubah apa silap apa dan apa yang salah.......

Resmi Padi.....


Dewasa kini Blog memainkan peranan pntg dlm kehidupan kita y hidup dalam zaman serba maju dan cepatnya masa beredar tanpa kita ketahui.... Blog x seharusnya dpndang enteng oleh masyarakat y x tahu berfikir & hanya tahu mengkritik berdasarkan nafsu amarah bknya gunakan akal anugerah Tuhan utk berfikir sejenak dan membezakan antara hak & batil.... aku hanya insan biasa y x ada apa keistimewaan y msh belajar & mncari ilmu dr pengalaman mengikut "RESMI PADI".. Apa y diperkatakn dgn pepatah orang tua " RESMI PADI" y memberi maksud mendalam, semakin berisi semakin menunduk...fahamlah apa y dibaratkn orang tua itu adalah sesuatu y berharga & penuh dgn makna y mendalam....berpeganglah kepada y satu iaitu ALLAH tuhan yang Esa.... aku bkn pandai dlm penulisan & berkata2 tp melalui pemikiran & ilham membawa aku utk melakar blog ini......ALLAH menganugerah Pancaindera kpd kta, kta perlu mnghargai nikmat kurniaanNya & seharusnya menggunakan apa y ada pada kita, itulah keistimewaan kta utk jln kebaikan... Dalam era globalisasi kini, ak melihat pelbagai onak dan duri dlm menempuh liku-liku kehdpn terutama dlm hal politik di MALAYSIA...dahulu apabila kta mengungkap sejarah tnh air kita, moyang kta hidup untuk memerdekakan tnh air dr penjajah & dipimpin oleh tokoh-tokoh pemimpin yang mengerti dan sedar apa makna kehidupan.....Orang dulu tdk merantau selagi tdk penuh ilmu didada & apabila dtempat orang pepatah ini digunakan "RESMI PADI"....dari situ kita lihat betapa mulia org y tidak bongkak & sombong.... Pengalaman mengajar kita erti kehidupan " Lain Padang Lain Belalangnya "....Fikir-fikirkanlah...

ShoutMix chat widget